What I’ve learned from the Joker movie

[Filem Joker: Apa yang Islam Anjurkan?]

Sehari dua ini, terbaca beberapa entri berkenaan filem Joker yang sekarang ini sedang naik mendadak dalam Box Office-nya. Ada yang bersimpati dengan keadaan Joker, ada yang mengatakan Joker sememangnya kejam, dan ada yang mengulas dari pelbagai perspektif yang menarik. Yang berkata bosan pun ada, katanya non-action packed sangat. Tidak mengapa. Agree to disagree.

Yup, satu perkata kita kena ingat, kita akan mengulas sesuatu perkara dengan bias; depending on our social upbringing and educational background. Orang pendidikan menghuraikan dengan cara sendiri. Pelajar law mungkin lihat dari sudut berbeza. Orang miskin, kaya, baik, sakit, semua akan interpret dengan cara tersendiri. Kalau time tu anda sedang menulis review tentang filem ini dalam keadaan kecewa kerana baru sahaja ditipu oleh kawan baik, anda akan tulis dengan emosi tersendiri pada ketika itu.

“Orang jahat adalah orang baik yang disakiti”? Ada saya lihat sebahagian kenalan yang tidak bersetuju dengan statement ini. Okay baiklah.

Untuk mengharmonikan antara kedua pandangan, let’s look at the bright side. Aku tidak akan mengulas dari sudut psikologi atau psikospiritual kerana sudah ada entri yang lebih bagus berbincang tentangnya. Dan perlu ingat juga, Joker merupakan satu filem yang membawa tema kritikan sosial.

Joker hanyalah seorang watak contoh, manifestasi dari dunia Gotham yang penuh korupsi dan kezaliman. Dulu aku sendiri percaya bahawa Joker merupakan seorang yang memang diwujudkan untuk menjadi archenemy bagi Batman (dalam komik, animated series, DCEU dan versi Christopher Nolan’s), dengan prinsip, “Some men just want to see the whole world burn.” Dia tak perlukan duit, tak perlukan habuan, tak perlukan nama, tapi hanya matlamat mahu menimbulkan kekecohan dan chaos dalam dunia DC itu. Namun setelah menonton filem Joker, salah satu “kemungkinan origin” seorang Joker yang diinspirasi dari siri komik The Killing Joke, kita dapat tahu yang kekejaman Joker adalah tidak semudah itu.  Joker telah melalui siri keperitan hidup sehingga menyebabnya hilang kewarasan sebagai manusia biasa. Beliau dizalimi oleh orang-orang “yang kelihatan good di pandangan masyarakat”, sehingga menyebabkan beliau menjadi “evil” untuk “the greater good.” Make sense tak? Joker sebenarnya melawan the “established evil goodness” dengan “jalan yang jahat”.

Jadi di sini, saya fahami bahawa watak Joker ini berlaku adalah kesan daripada orang-orang baik yang jahat, yang akhirnya menyebabkan dia memanifestasikan kebaikan dalam bentuk yang jahat (membunuh dan menghapuskan terus orang yang berpura-pura baik). Tetapi jangan lupa! Masih ada “a fragment of pure goodness dalam diri” kerana beliau tidak membunuh seorang kawannya yang kerdil itu.

Tuntasnya, kita sebenarnya tidak boleh marah kepada watak Joker kerana kita sendiri tidak pernah lalui siri-siri kezaliman dan kekejaman yang berlaku sejak dari beliau kecil lagi. Ini defend aku against orang yang mengatakan watak Joker ini watak yang menjadikan alasan berbuat jahat

Dan ya, aku setuju bahawa semua orang fitrahnya baik. Dan memilih untuk berbuat jahat ialah pilihan. Setuju.

Namun apa kata kita positifkan perkara ini.

Ini merupakan suatu tamparan bagi orang yang “tidak jahat” untuk membuat refleksi apakah tindakan aku sebagai orang yang “tidak jahat” untuk bantu orang yang “jahat” agar kembali jadi “baik”.

Aku sendiri pernah merasai “nak buat the same thing to people who had done me worst”, terutama pada ketika dulu di mana aku pernah disamun. Ya, ada pengalaman. Pernah disepak, dibelasah dan diambil henset dan beberapa barang berhargaku suatu ketika dulu. Traumatized? Yep indeed. What I feel is a deep hatred towards those bad men. Namun setelah melalui beberapa siri naratif kezaliman yang lain, aku mula terfikir. Apa yang berlaku sebenarnya? What inspire them, or made them to do such reckless hate?

“He who chases monsters must see that he not become a monster himself.”

-Rafael Perez

Macam aku kata pada awal entri, kita akan mengulas sesuatu perkara dengan bias; depending on our social upbringing and educational background. Jadi bagaimana? Jom lihat apa kata Rasulullah saw,

Dari Anas radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا

“Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim dan yang dizalimi.”

فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا ، أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ « تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنَ الظُّلْمِ ، فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ »

Kemudian ada seseorang bertanya tentang bagaimana cara menolong orang yang berbuat zalim?

Lantas beliau menjawab, “Kamu mencegah dia dari berbuat zalim, maka sesungguhnya engkau menolongnya.” (HR. Bukhari, no. 6952; Muslim, no. 2584).

Kalau kita selidik dan teliti sirah nabawiyyah, banyak sangat kisah dan naratif Rasulullah saw tidak berdendam dengan orang yang mezalimi baginda. Apa yang baginda lakukan berterusan ialah terus bersabar, berdakwah dan mendoakan kebaikan buat mereka.

Menjadi jahat itu pilihan. Dan kita akan menanggung di dunia dan akhirat akibat dari pilihan ini.

Menjadi baik itu juga pilihan. Dan kita akan menanggung di dunia dan akhirat akibat dari pilihan ini.

Dan menjadi orang yang menghukum dan tidak melakukan apa-apa usaha untuk membantu orang yang dizalimi dan zalim juga akan ada tanggungan di dunia dan akhirat kelak.

Aku suka filem ini. It left me wondering in the end, “Siapa yang jahat sebenarnya? Joker? Murray? Penny? Thomas Wayne? Ada kemungkinan besar juga Joker memang penipu dan manipulator, apa yang berlaku sepanjang movie ini hanyalah dalam kepala dia, dia hanyalah seorang insane yang seronok dengan mischief dan chaos dan tak kisah pun dengan origin dia (boleh rujuk The Killing Joke).

Dan siapa yang benar-benar baik?” Lagi best, there is no actual truth in every characters. Mind-blown sebenarnya, if we look deeper into the philosophy of every character.

Ingat, kejahatan juga boleh dilakukan oleh “orang-orang yang baik dalam bentuk yang halus”. Kata Harlan Coben, “I like to see the difference between good and evil as kind of like the foul line at a baseball game. It’s very thin, it’s made of something very flimsy like lime, and if you cross it, it really starts to blur where fair becomes foul and foul becomes fair.”

Aku ada belajar dalam kelas Dakwah di bawah bimbingan pensyarah kami Dr. Muhammad Tolba (May Allah bless his good deeds), semua manusia di muka bumi ni, either mereka Ummatul Dakwah atau Ummatul Ijabah. Keduanya harus kita berdakwah menarik mengenal Allah dan Islam. Yang berdosa, kepada taubat. Yang jahil, kepada berilmu. Yang kafir, kepada iman. Dan yang syirik, kepada tauhid.

Jadi frasa yang sepatutnya bukanlah “Orang jahat adalah orang baik yang disakiti” tetapi “Orang jahat adalah mereka yang tidak didakwah oleh orang yang baik.”

Moga Tuhan menjaga kita semua.

Hafeez Zainal, Pelajar Jurusan Pendidikan, Tahun 3

Leave a Reply:

Your email address will not be published. Required fields are marked *