Meritokrasi ialah satu situasi di mana seseorang itu mendapat tauliyah atau posisi berdasarkan merit atau kecemerlangan menyeluruh beliau. Ini merupakan situasi di mana seseorang itu harus melakukan pembuktian untuk mendapatkan tempat dalam masyarakat atau persatuan.
Info tambahan: Berlainan dengan teknokrasi, di mana seseorang itu dipilih berdasarkan ilmu di dalam sesuatu bidang itu.
Baiklah, untuk konteks pilihanraya kampus UIA, saya cenderung untuk memilih calon berdasarkan benchmark atau pencapaian yang lalu.
إِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ , قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ,قَالَ إِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ, فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
Rasulullah SAW bersabda: “Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya; ‘bagaimana maksud amanat disia-siakan? ‘ Nabi menjawab; “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (Bukhari – 6015)
Bagaimana ingin mengetahui merit seseorang calon itu?
Pertama lihatlah pada “achievement” mereka di poster kempen. Memandangkan jawatan sebagai SRC atau MPP ini merupakan satu bebanan yang jauh lebih besar berbanding persatuan pelajar yang lain, semestinya memerlukan orang-orang yang mahir dan sudah berpengalaman sebelum itu.
Kedua, peranan kita sebagai rakyat jelata yang mengenali individu calon itu, sama ada benar-benar “excel” dalam gerak kerja atau tidak.
Saya bukan bermaksud kita kena war-warkan sekiranya kita dapat calon yang bertanding itu tidak ada “good performance” berdasarkan “benchmark” lepas. Bahkan, saya menentang sekeras-kerasnya “character-assasination” kerana ia termasuk dalam mendedahkan aib seseorang. Andai kita mengetahui, simpan lah dalam hati. Kita tak tahu mungkin manusia berubah. Apa pun, kita pilih lah calon yang paling dekat dengan jiwa kita.
Bercakap tentang merit, saya teringat kisah seorang wira dalam dunia khayalan iaitu Tim Drake (kredit penciptaan kepada DC Comics), yang juga satu universe dengan dunia Batman.
Ringkasnya, Tim Drake (nama sebenar Timothy Jackson Drake) bukanlah seorang Robin yang dilantik secara rawak serta tidak dibesarkan oleh Batman sendiri, berbeza dengan Robin-Robin yang lain.
Dick Grayson diambil oleh Batman sebagai “ward” atau bahasa mudahnya anak angkat kerana bersimpati terhadap budak itu yang kehilangan ibunda dan ayahandanya dalam acrobatic show di sebuah circus. Sementara itu Jason Todd pula merupakan seorang anak yatim gelandangan yang ditangkap oleh Batman kerana cuba mencuri tayar Batmobile (kereta the Dark Knight). Oleh kerana risau terhadap masa depan budak itu yang mungkin menjadi penjenayah, Batman mengampil keputusan untuk melantik Jason sebagai pengganti Robin yang pertama iaitu Dick Grayson, sekaligus sebagai anak angkat kedua beliau.
Apa yang bezanya? Tim Drake pula hanyalah seorang remaja pintar yang berminat untuk mengetahui siapakan di sebalik “caped crusader aka the dark knight” itu. Lantas Tim melakukan penyelidikan dan penyiasatan sehingga akhirnya terbongkar bahwa Batman sebenarnya merupakan Bruce Wayne. Selepas itu, dia menjalani beberapa siri latihan demi membuktikan bahwa dia mampu menjadi pengganti entiti Robin selepas kematian Jason Todd. Dan tuntasnya? Tim sememangnya akhirnya menjadi Robin yang paling berwibawa tanpa mengalami sebarang isu berbanding Dick, Jason dan kemudian itu Damian Wayne. Tim akhirkan mengadaptasi nama adiwira tersendiri iaitu “The Red Robin”, yang menjadi antara sidekick terhebat dan terhandal yang Batman pernah dapat.
Jadi apa yang saya cuba sampaikan? Iaitu merit ini juga haruslah lahir dari usaha yang telus tanpa semata-mata campurtangan dan paksaan dari tangan sosial. Mudah kata lain, passion yang akan memberi tambah nilai kepada gerak kerja tersebut. Kesannya, wujudlah perkara yang dinamakan merit.
Ada seorang sahabat saya bertanya, apa beza merit dan kredibiliti?
Secara umum, mungkin ia membawa maksud yang sama. Namun saya lebih cenderung untuk memahami kredibiliti sebagai nilai yang membawa maksud “acceptability” atau penerimaan (perkataan sinonim dalam kamus), di mana, setiap orang penilaian dan penerimaan terhadap seseorang itu berbeza, sedangkan merit merupakan sesuatu yang termaktub dan tetap.
Dalam kamus Oxford, merit didefinisikan sebagai “The quality of being particularly good or worthy, especially so as to deserve praise or reward.”
Perkataan “worthy” itu pula ialah “layak” (saya tidak pasti sama ada benar-benar sesuai diterjemahkan sedemikian).
Oleh itu, seorang SRC ini bukan hanya dilantik semata-mata dia ada “pencapaian”.
He has not only proven himself;
he had also earned his place.
“The difference between being mediocre and achieving excellence is you.”
— Stephen Richards
mediocre : hanya punyai “standard”, “common” kualiti yang semua orang mampu ada. Be different. Be amazing.
Nasihat ini bukan sahaja pada penilaian pengundi untuk memilih siapa; ia juga nasihat kepada mereka yang mengambil keputusan untuk menjadi perwakilan dan pimpinan pelajar. Saya juga tidak sesekali bermaksudkan merit ini suatu perkara yang “absolute”. Sebagai pelajar, untuk mencapai merit ini ialah suatu proses yang sangat panjang dan bohonglah andai saya sendiri bertanding, saya akan anggap, “I’m merit enough and I earned my place.”
May the odds be ever in your favor.
Hafeez Zainal, Pelajar Pendidikan, Tahun 2