“But as a symbol, as a symbol I can be incorruptible.” – Batman
Dalam falsafah Batman, beliau mengetahui beliau tidak akan selalu ada untuk menjaga Gotham. Mungkin suatu hari beliau akan mati atau pergi jauh. Namun beliau mahu mesej dan nilainya kekal bernafas.
Andai beliau dapat membina satu “simbol” yang dimanifestasi dari dirinya yang mewakili Gotham, maka semua penjahat, sama ada mengetahui Batman ada atau tidak di bandar itu, akan menjauhkan diri, kerna semua rakyat bandar itu masing-masing boleh “menjadi Batman”.
Saya nak kaitkan ini dengan kepimpinan pelajar, memandangkan semboyan PRK sudah sayup-sayup kedengaran dari jauh (tahniah kepada kedua pihak SDA dan SRC atas perbahasan yang sihat pada sesi Town Hall yang lalu). Ini pandangan saya, tidak mewakili mana-mana pihak.
Bagi saya, antara pemimpin yang wajar diangkat ialah seseorang yang mewakili satu gagasan atau idea yang baik. Ini kerana saya berpandangan bahwa seorang calon itu hanyalah menjadi satu perantaraan (tidak kisah dia mewakili parti, front atau individu) dengan pelajar. Kita perlukan seorang pemimpin pelajar yang berprinsip dan membawa satu gagasan yang baik.
Dengan membawa gagasan tersebut, maka ini akan menjadi “spark” atau “catalyst” kepada individu-individu lain untuk mendokong idea yang sama.
Timbul pula persoalan, gagasan mana yang terbaik? Bukankah setiap calon akan membawa idea tersendiri.
Saya yakin, setiap calon yang bertanding (atau dihantar) pasti mempunyai visi tersendiri. Iyalah, siapa yang mahu memikul atau meminta bebanan lebih, melainkan dia ada visi tersendiri? Saya kira pelajar UIA terlalu bijak untuk tidak mengundi mereka yang benar-benar membawa agenda “kebatilan” atau perkara yang terang-terang bercanggah dengan prinsip Islam. Kalau ada kita tolak ramai-ramai!
Jadi pertarungan ini sebenarnya pertarungan yang sihat, kerana ia merupakan “battle of ideas” dan “for the greater good”. Mudah kata, gagasan manakah yang paling relevan dan paling dekat dengan garis neutral?
Garis neutral : keperluan mahasiswa.
Kenapa paling dekat? Kerana saya tidak percaya yang wujudnya orang yang benar-benar “bersih” dari pengaruh mana-mana ideologi atau parti. Walaupun seseorang itu bertanding atas kapasiti sendiri, namun sendiri juga ialah sesuatu yang “biased” kerana “sendiri” semestinya ada pengalaman, ilmu yang dicampuri dan dicemari dengan tangan sosial.
Firman Tuhan,
وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
(Al-Baqarah, 148)
Baik, basisnya, ayat Fastabiqul Khairat merujuk kepada berlumba-lumba untuk mengejar redha Allah.
Ayat ini ditafsirkan dengan pelbagai konteks, namun point utamanya ialah berlumba-lumba dalam kebaikan. Dan boleh cari sendiri asbabun nuzul ayat ini (berkenaan kiblat). Saya cenderung untuk ambil pengajaran daripada ayat ini secara umum.
Jadi berbalik pada perbincangan kita tadi, saya clear kan balik, Batman berlawan dengan organized crimes, iaitu musuh-musuh beliau sendiri.
Saya kira di UIA kita tidak sampai tahap itu. Namun untuk menjaga maslahah jangka masa Gotham, Batman create a symbol rather than a person.
Contoh, saya menyanjung tinggi Abg Amir Ridwan (maaf, memandai je petik nama), namun selepas beliau turun daripada tugasan caretaker ini (it’s actually nice to see a familiar face, even tho it hurts to see them working more than they should), beliau pasti akan pergi. Personal experience : Believe me, saya kenal abg Amir dari awal saya first year first sem lagi, di mana beliau kerap mahu berjumpa bersama otai Mat Rahman, untuk merancakkan lagi diskusi ilmu serta terutama dari segi reading culture, sampai wujudkan satu team. Dan follow-up beliau MasyaAllah, sangat konsisten. Even selepas dah bergelar MPP pelajar, beliau sempat mengirim pesanan, “Ana masih menanti projek peminjaman buku”. (projek ini sudah berjalan 2 kali alhamdulillah). Bila beliau naik MPP pun, saya tak pelik memandangkan saya tahu he is a man of causes.
Jadi siapakah yang akan mendokong gagasan beliau selepas ini? Semestinya seseorang yang percaya pada gagasan itu sendiri, bukan semata-mata percaya pada beliau.
Saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat yang akan bertanding (menjadi figura amat penting, namun membawa gagasan yang baik lebih utama), pastikan kamu benar-benar memahami apa yang kamu ingin perjuangkan. Bukan sekadar mengisi kekosongan atau jawatan. Bahkan, bukan sekadar men”cuba”-cuba.
Kami tidak memerlukan (baik, saya, saya tak mewakili suara mahasiswa) pemimpin pelajar yang hanya tahu menurut perintah, membuat kerja biasa-biasa.
Be a symbol. As a person, you can be corrupted. But as a symbol, they can’t even kill you.
“Leaders don’t create followers, they create more leaders.”
– Tom Peters
Hafeez Zainal, Pelajar Pendidikan, Tahun 2